Tentang Kami
- Homepage
- Tentang Kami
Latar Belakang
Rimba Razia adalah merupakan zoo yang paling terkenal di Terengganu bahkan seluruh Pantai Timur pada masa kini. Terdapat lebih dari 100 spesis / jenis binatang yang dikumpulkan di sini.
Tercetusnya pembukaan Rimba Razia bermula daripada hobi membela binatang dan kecintaan terhadap alam semulajadi terutamanya binatang dan tumbuh-tumbuhan menjadikan pemilik Rimba Razia iaitu Dato’ Seri Zakaria bin Abdul Razak bermula dengan membela kambing dan rusa pada tahun 2017 sehinggalah pembukaan Rimba Razia.
Pada 15 Julai 2023, Dato’ Seri Haji Zakaria berbesar hati membuka Rimba Razia dan dikenali sebagai Zoo Rimba Razia. Berkonsepkan zoo haiwan yang jinak dan menempatkan lebih 100 spesis haiwan, pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman memberi makan binatang-binatang yang jinak seperti rusa, kambing, memegang ular, kura-kura, menunggang kuda, membelai kucing pelbagai baka dan bermacam jenis binatang-binatang tertentu serta berbagai- bagai
lagi aktiviti yang disediakan yang diselia oleh kakitangan yang perpengalaman dan mahir.
Mengunjungi zoo ini, pengunjung akan dapat melihat pelbagai jenis binatang yang bukan sahaja berasal dari Malaysia, tetapi juga dari serata dunia. Kegigihan Dato’ Seri Haji Zakaria membawa masuk pelbagai jenis binatang adalah bukan sahaja kerana minat dan hobi, tetapi juga untuk mengajak pengunjung mengenal dengan lebih dekat spesis binatang-binatang yang terdapat di serata dunia.
Tidak semua orang bernasib baik dan berpeluang ke luar Negara untuk melihat sendiri binatang-binatang yang terdiri dari pelbagai bentuk dan rupa ini. Dari situlah beliau berusaha untuk merealisasikan pembukaan zoo ini bukan sahaja sebagai tempat bergembira, tetapi juga tempat pembelajaran kepada pengunjung tidak kira tua atau muda.
Visi
- Menjadi pusat pelancongan utama Pantai Timur.
- Menjadi penternak dan pembekal utama haiwan eksotik di malaysia
Misi
- Untuk menaikkan industri pelancongan di Negeri Terengganu serta membangunkan ekonomi sekitar.