Harga Tiket
| Kategori | Dewasa | Warga Emas (60 tahun & ke atas) | Kanak-kanak (12 tahun & ke bawah) | Kanak-kanak (Di bawah 90cm) | (OKU) |
|---|---|---|---|---|---|
| MyKad | RM 20.00 | RM 15.00 | RM 15.00 | Percuma | Percuma |
| Tanpa MyKad | RM 40.00 | RM 30.00 | RM 30.00 | Percuma | Percuma |
Waktu Operasi
Buka setiap hari kecuali hari selasa
Buka setiap hari pada waktu cuti sekolah dan cuti umum kecuali Raya pertama Aidilfitri & AidilAdha
Waktu Operasi hari Jumaat ā 10.00 pagi hingga 6.00 petang (tutup sementara bermula 12.30 tengahari – 2.30 petang)
Harap maklum bahawa transaksi dalam talian tidak tersedia buat sementara waktu. Pembelian tiket kini hanya boleh dibuat secara walk-in sahaja.
Pakej Berkumpulan 30 Pelajar (RM10)
1 Guru Pengiring - Percuma
LIHAT LEBIH LANJUT
Rasai Pengalaman Menyentuh Haiwan di āPetting Zooā Rimba Razia
Rimba Razia telah bermula sejak tahun 2017 dengan ternakan kambing dan rusa. Pemilik Rimba Razia, Datoā Seri Haji Zakaria bin Abdul Razak telah berminat untuk membuka Rimba Razia kepada umum dengan konsep āPetting Zooā. Pada 15 Julai 2023, Rimba Razia telah dibuka kepada umum dan dikenali sebagai Zoo Rimba Razia.
Aktiviti Utama di Zoo Rimba Razia
Di Zoo Rimba Razia, konsep āPetting Zooā digunakan di mana para pengunjung akan dapat menyentuh serta memberi makan kepada haiwan secara lansung. Hampir 100 spesis haiwan yang dipamerkan terdiri dari kumpulan ruminan, aviari, rubah, reptilia, dan mamalia eksotik.
Di Zoo Rimba Razia, pengunjung berpeluang untuk memberi makan kepada hampir 100 spesis haiwan. yang dipamerkan.
Di Zoo Rimba Razia, pengunjung dapat merasai pengalaman menunggang kuda di trek yang selamat dan dikawal. Nikmati perjalanan santai sambil mengenali lebih dekat haiwan yang gagah ini.
Pengunjung dapat merasai pengalaman aktiviti sauk ikan di dalam kolam khas yang disediakan dan boleh membawa pulang semua hasil tangkapan secara percuma.
Pengunjung berpeluang untuk bermesra secara langsung dengan pelbagai haiwan di Zoo Rimba Razia. Dekati, sentuh, dan pelajari tentang pelbagai spesies dalam suasana yang mesra dan selamat.
Alami pengalaman mendekati burung-burung eksotik sambil memberi makan mereka secara langsung di Rimba Razia Zoo. Aktiviti yang menyeronokkan ini sesuai untuk semua peringkat umur, membolehkan pengunjung belajar lebih lanjut tentang spesies burung sambil menikmati interaksi yang mesra dan dekat.
Di Zoo Rimba Razia, pengunjung berpeluang untuk memberi makan kepada hampir 100 spesis haiwan. yang dipamerkan.
Di Zoo Rimba Razia, pengunjung dapat merasai pengalaman menunggang kuda di trek yang selamat dan dikawal. Nikmati perjalanan santai sambil mengenali lebih dekat haiwan yang gagah ini.
Di Zoo Rimba Razia, nikmati pengalaman interaktif dengan menyauk ikan di kolam khas. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga memberi peluang untuk belajar tentang kehidupan akuatik.
Pengunjung berpeluang untuk bermesra secara langsung dengan pelbagai haiwan di Zoo Rimba Razia. Dekati, sentuh, dan pelajari tentang pelbagai spesies dalam suasana yang mesra dan selamat.
Kemudahan di Rimba Razia
Di Rimba Razia, kami juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti Rumah Singgah, Razia Cafe, Tandas, Surau dan juga Kedai Cenderamata untuk pelawat kami.

Tandas Percuma

Surau

Kedai Cenderahati
Bagi pengunjung yang ingin merasai suasana kampung, dikelilingi tumbuh-tumbuhan
segar, pokok-pokok menghijau serta merasai kesejukan air sungai, Zoo Rimba Razia.
juga menyediakan pakej penginapan yang amat berpatutan dan mendamaikan.
LIHAT LEBIH LANJUT
Dari makanan ringan hingga hidangan utama yang mengasyikkan, Razia Cafe sedia untuk memanjakan lidah anda. Dengan pemandangan yang menakjubkan dan layanan mesra.
LIHAT LEBIH LANJUT
Teroka Keajaiban Rimba Razia!
Raihlah pengalaman menyentuh dan memberi makan lebih dari 100 spesies binatang yang menakjubkan di Rimba Razia. Dapatkan tiket anda sekarang!
Harap maklum bahawa perkhidmatan transaksi dalam talian kami tidak tersedia buat sementara waktu. Semua pembelian tiket hanya boleh dibuat secara walk-in di kaunter. Sila rujuk harga tiket untuk makluman anda.